Tengkiu So Much..!! MMuuahh..

June 10, 2009

Thanks Ava....

salam,
Arini kan eida rase best sangat sebab eida dapat hadiah from BRUNAI tau..cube teka saper yang bagi???...tet mase dah abis hahaha mesti lah Ava yang bagi sape lagi kawan eida yang jauh selain ava kan??hik3
Ava kirim kan hadiah hari jadi untuk eida pada 6 jun 2009 aritu.. tapi ader kejadian yang di ingini berlaku ler.. ape pun eida tak kisah janji ava ingat tarikh lahir eida cukup lah tak kisah lah ape pun terjadi... (erm nak tau ape yang terjadi??tak yah lah biar lah eida ngan ava je yang simpan rahsia tu yer)..hehehehe
dalam bungkusan ava tu memacam ader tau...MUG, Coklat CADBURY yang eida suke giler tu, pastu ader terselit satu KAD hari jadi...hehehe comel sangat...
comel tak MUG ni??? Nyum..Nyum COKELAT PEBERET nih...hehehe
Ni antara keleksi-koleksi yang orang bagi..hehehehe Ceh bleh bukak kedai jual key chain lah pasni.... Thanks pada sume yang bagi sumbangan key chain nih...lagi 10 tahun nanti bleh bukak kedai yer...hahahaha

June 05, 2009

50 tips untuk pikat hati kekasih....

Di sini ada 50 cara atau tips untuk pikat hati kekasih 1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. 2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. 3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. 4. Jujur dan sentiasa merendah diri. 5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. 6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. 8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 9. Jangan terlalu mengongkong. 10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. 11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. 12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya. 13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. 14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. 15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka. 16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. 17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. 18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. 19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. 20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. 21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang. 22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. 23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. 25. Mengetahui bila hari lahirnya. 26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. 27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. 28. Agresif. 29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. 30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan. 31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’. 32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. 33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. 34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan. 35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. 36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis. 37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. 38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu! 39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. 40. Jangan bersikap terlalu kuno. 41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. 43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim. 44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan. 45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. 46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. 47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. 48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. 49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. 50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Sesaje je nak cite..huhuhu

salam semua.. eida mintak maaf lah kat semua sebab eida tak update blog dah lamer..almaklumlah eida busy pastu dengan demam, batuk, selsema lagi sume ader..ni pun taklah elok sangat tapi sebab dah lamer tak update eida update lah untuk sume yer..huhuhu.. Wat mase skang ni eida tak lah sentiasa update sebab eida banyak nak kne wat..nak check up kat klinik lagi..pastu skang nie eida dah kne check tekanan darah selang sehari..ntah lah doktor kate eida ader darah tinggi sebab tu lah kne check selang sehari.. So skang eida banyak jumper doktor jer.. dugaan-dugaan...aper pun eida harap korang semua doa kan eida selamat bersalin dan baby sihat, cukup sifat nya, dan comel macam umi dier..hahaha.. pasan lak eida ni,,,huhuhu... insyaallah klu ikut kan tarikh yang doktor bagi eida akan bersalin dalam 3 ogos 2009..tapi ibu eida kate klu leh biar lah same ngan ari jadi nenek dier..hehehe 5 ogos 2009..hahaha ish tak kisah lah janji dier kuar kan???huhuhuhu... skang ni eida kerap sakit pinggang,, pening kpala,, sib baik suami memahami..hehehehe thank ye sayang sebab tolong masak kan untuk ayang,,huhuhu ( ceh puji suami sendiri lak..)....tapi semalam kan eida sempat masak kan special untuk suami tersayang..hahaha walau pun tak berape special tapi suami kate best..sedap..(erm ye ker atau nak amik ati jer sayang)..huhuhu.. semalam pas balik keje je eida terus bersih kan sotong ngan udang yang ader dalam peti ais tu...pas solat maghrib ape lagi operasi dapur ler...hehehe udang wat masak black paper..sotong wat goreng tepung..hahaha.. makan berdua jer tu pun tak abis.(gamba tak sempat amik sebab suami sambil eida goreng sotong tu dier tukang ngap kat sebelah..herm..).hehehe pas makan layan keliwon...antu penanggal..eee takot nyer..last2 tido trus tinggal suami jer layan cite tuh... ok lah semua,, anak dalam pewot ni dah gerak2 lah terkepit kot sebab eida menaip ni,,lain kali eida kongsi cite lagi yer...hehehe ape pun terime kasih bebanyak sebab bace celoteh eida ni..huhuhu..babai salam sayang dari eida,... MMMMMMmmmmmmuuuuaaahhhh......(windu kat Eva)

May 04, 2009

Kisah perempuan tumpang motor waktu malam

Kisah perempuan tumpang motor waktu malam Ader seorang lelaki nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil. So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini".
Related Posts with Thumbnails

my anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ariff Izzan Bin Mohd Asyraf

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Our second baby..

Lilypie Maternity tickers