Tengkiu So Much..!! MMuuahh..

January 14, 2009

Pantun Aurat...(PanaZZZ)

Baju nipis nampak bayang Peha gebu saja ditayang Lebih baik tak pakai baju senang Dah tentu boleh tunjuk terang-terang Baju ketat seluar sendat Pakai tudung just ikat-ikat Dari mula memang bukan adat Disudut agama pun gaya tak berkat Tudung jarang baju nipis Pakai sikit boleh nampak ‘garis’ Mata orang terbeliak, kita membengis Bila kena kutuk, kenapa menangis Lengan pendek blaus gantung Jeans ketat melekat dipunggung Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung Agama tak suruh berbungkus macam pocong Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah Kalau takat rambut orang kurang ghairah Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah Mata yang memandang boleh keluar darah Kebaya ketat, kain terbelah Ikat tudung macam tak sudah Nak ikut suruhan agama memang tak mudah Tapi Islam sebenarnya indah Tutup aurat bukan suruh berselubung Sampai tak nampak muka dan hidung Yang faham tuntutan amat beruntung Taklah bersungut mulut pun muncung Dah kalau mula minat nak bertudung Cubalah sesuaikan apa yang disarung Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’ Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung Bertudung itu bukan satu paksaan Ianya lebih kepada keinsafan Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan Asal menutup aurat itu tuntutan Kalau dianggap susah, tu sebab bosan Yang ye nya hati tak berkenan Tu yang berjela-jela mencipta alasan Menutup aurat satu syariat Kepada agama kita taat Hidup berkat pahala berlipat-lipat Didunia selamat, di akhirat hebat Eva&Eida

January 12, 2009

Eida Pening Kpala....Pusing2 Ler

Salam semua.., maaf lah arini eida tak pat nak update sebab eida pening kpala sesangat..kepala eida pusing lah..lagipun arini eida puase..tak larat rase nyer nak wat kje..maklumlah baru nak masuk bulan ke-3 kan ,,herm aper pun eida janji nanti eida update blog yer..buat eva maaf lah kite tak larat arini...nanti kite sembang..mizz u all.... Eva&Eida

January 07, 2009

Ramalan kaji cuaca

Krew sebuah produksi filem sedang membuat penggambaran di hutan Sarawak.Suatu hari datang seorang lelaki tua suku Penan, mendapatkan pengarah. "Esok hujan," katanya. Memang tepat seperti yang dikata. Esoknya krew tidak dapat menjalankan penggambaran kerana hujan.Seminggu kemudian lelaki tua itu datang lagi memberitahu pengarah. "Hati-hati ya encik. Esok ribut petir akan melanda," katanya selamba. Memang betul, esoknya kawasan itu dilanda ribut petir. "Uhh..handal betul orang tua tu," kata pengarah. Dia meminta pengurus lokasi mengupah lelaki tua itu untuk meramal cuaca. Pengarah gembira kerana setiap ramalannya tepat. Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu tidak muncul-muncul. Pengarah semakin gelisah kerana esok dia bercadang merakamkan babak terpenting dramanya. "Mat, kau cari orang tua tu dirumahnya," kata pengarah kepada pengurus lokasi. Mulanya dia enggan bertemu pengarah, tetapi selepas dipujuk lelaki tua itu pun setuju ke lokasi. "Esok saya ada penggambaran. Semuanya bergantung pada tok untuk tentukan cuaca," jelas pengarah. "Entahlah encik, saya tak tau!!! Radio dah pecah," kata lelaki tua itu menggerak-gerakkan bahunya... Eva&Eida

Ketam Ganu, Kentang Kelate

Menantu terengganu : mok... Kalu mok gi kedaa... Tolong beli 'ketang' 4 kilo... ... ..nanti kito bayar mentua kelantan : bereeehhh... .. Selepas mentua pulang dari kedai... ... ... ... ... ... ... . Menantu terengganu : loooo... . Bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang)... Banyok-banyok ni... . Mentua kelantan : tadi mu kato beli kete(ubi kentang)... .. Pah tu kete mano pulakkkk... Menantu terengganu : bukang ubi 'ketang'... . Kito suruh beli 'ketang'... .. Hok ada sepit... ... (ketam)... Eva&Eida

Si CiNdeReLLa....

Al-kisah.... Pada satu hari ader seorang budak pompan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki... eh salah... kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie. "Cinderella! Amekkan kan aku air esbok!" "Cinderella! Gosokkan baju aku!!!" "Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!" "Cinderella! Pi gali perigi!" Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis dinegara itu untuk menghadiri temasya tari menari. Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali... mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer. "Ok Emak, sumer sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira. Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi, hati dia busok keraner dia tahu Cinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja. "Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia. Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan. "Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother "Sedih ah... takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab Cinderella. "Lerr buat lah kerjer tu... maner tahu kalao sempat" "Maner bleh sempat.... nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik... jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas Cinderella. "Oh pasal tu? don't u worry... i can help u on that" balas fairy godmother. "Camner?" tanyer Cinderella Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di campakkannyer kepader Cinderella. "Nak save time? Nah amek nie... Yellow Pages... let ur finger do the walking" SEKIAN Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalao nak sesuatu bender tu kener ler usaha siket... jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta".
Related Posts with Thumbnails

my anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ariff Izzan Bin Mohd Asyraf

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Our second baby..

Lilypie Maternity tickers