Tengkiu So Much..!! MMuuahh..

April 23, 2009

Jom SnorKling...huhuhu

Jom SnorKling...huhuhu Bersiap2 nak tunggu van untuk ke jeti... Naik bot nak bertolak pg snorkling,,kol 2 sampai kol 7,,,hehehe tak sabar rase nyer nak snorkling,,, peace... MAri berenang2 cari ikan..huhuhu walaupun laut bergelora tapi kitorang tetap maintain walaupun ader yang dah nak lemas..huhuhu Muke pun dah jadi gelap coz asyik mandi laoott je kat redang tuh,,huhuhu Ramai giler dalam bot,,,sib baik tak terbalik,,hahaha,,ape pun tetap best.. Best giler time nih..huhuhu tak kire lah penat pun terjun gak..!! Gamat tu geli giler..dah la lembik..dah lamer atas darat dier bukak lak kulit dier..ee geli tol berlendir2 tau...yerk,, Post ngan dodot jap..time keletihan nih..huhuhu

Redang...Redang..Redang...

Redang...Redang..Redang... tekun tol wat keje,,,huhuhu tapi dalam ati "bile ar nak abis ni dah ngantok ler..hahaha" ngah wat perbincangan ngan bebudak opis..meluah kan perasaan ler tuh,,huhuhu Sesambil meeting tu...post dulu..hahahha Sebelom bertolak balik..mandi laooottt dulu ar...huhuhu Lepak dulu sebelom balik..pas breakfast ar ni...tu yang kekenyangan..hik3

April 09, 2009

Siapakah orang yang kaya?

Siapakah orang yang kaya? SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA........... Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiarkan artikel ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Test Minda...Berape Wajah Yg Anda Jumper??? If can find 0 - 5 faces - idiot If can find 6 - 7 faces - stupid If can find 8 - 9 faces - normal If can find 10 - 11 - very normal If can find 12 - 13 faces genius Huhuhu...Eida jumper 10 jer...korang???

April 08, 2009

Bila nak peluk ... yang aku suka peluk

Bila nak peluk ... yang aku suka peluk Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! " Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok... aku cari pasanganku Bila sedih... aku cari Ibu Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu ..... aku ingat pasanganku Selalu... Ibu ingat kat aku Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

April 07, 2009

Maksud ciuman suami untuk isteri Maksud Ciuman.Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium:- 1.Suka cium dahi isteri.....suami yang romantis. 2.Suka cium pipi isteri........suami yang penyayang. 3.Suka cium mulut isteri.......suami yang gelojoh. 4.Suka cium tengkuk isteri........suami yang mata keranjang. 5.Suka cium telinga isteri.........suami yang sensitive. 6.Suka cium leher isteri.........suami yang penyabar. 7.Suka cium buah dada isteri........suami yang suka bermanja. 8.Suka cium tangan isteri.......suami yang hipokrit. 9.Suka cium ketiak isteri.......suami yang menerima isterinya seadanya. 10.Suka cium kemaluan isteri......suami yang pemalu. 11.Suka cium punggung isteri.......suami yang suka bergurau. 12.Suka cium kaki isteri.......suami yang terlalu menghormat isteri. 13.Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri......suami yang mementingkan diri. 14.Suka cium seluruh bahagian badan isteri........suami yang baru balik dari outstation.huhuhu 15. ciuman paling panas…………………………hah kat atas dapur lerrrrrrrrrrrr…wakahkah

April 06, 2009

Lawak..lawakk...lawak.... Kuruskan badan Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'. > "Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya.Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah x senang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. > Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun x dapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai.. > pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian. > Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter. Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat.... hehehe..." sakit g-wa > Sakit jiwa Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??" Kalau Sampai Ipohhh....... > Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, > sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!" atok & nenek > korang pernah dgr or baca tak citer atok & nenek ni??? citer tu macam ni la.... malam pertama:nenek pakai baju nipis, atok x terkejut. malam kedua: nenek pakai miniskirt, atok slamber jer... malam ketiga:nenek bogel, atok pun kata ,"APA PAKAI BAJU KEDUT2 NI PEGI IRON DULU!".... ~~ni nak gelah ker nak nangis nih???~~ Skali Penjaga Gol daaa.. > :arrow: Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu. Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain. Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah. Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan... "Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?" Pelajar itu menjawab.. "Okey.. boleh saja...!" Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di > sini?" "Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan... "... Saya adalah penjaga gol!"

April 03, 2009

Anak Ku.... 04082009

Anak Ku.... 04082009 EEE tak sabar rase nyer nak tgu kehadiran orang ketiga ni...eida dah scan tapi dier bergrak2 lak so tak pat tgk jantina dier..hehehe..ape2 pun doa2 lah dier sihat dah cukup sifat lahir kedunia ni..aminnn,,...
6 Tempoh Pernikahan Dalam Kemesraan Sebelum Tido: 6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach. 6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ker???! Pakai Toilet: 6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh 6 bulan: masih lama lagi ke nih? 6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !! Balas SMS: 6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang.. 6 bulan:trafik jam aah 6 tahun:k.. Dating process: 6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u?? Pulang Keje: 6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih... 6 bulan : I'm BACK!! 6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker?? Hadiah (ulang tahun): 6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni 6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok 6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak Telefon: 6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih 6 bulan :Eh...your call... 6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker? Masakan: 6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. .!!! 6 bulan:Kita makan apa malam ini?? 6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!! Memaafkan: 6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye 6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh. 6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!! Baju baru: 6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu 6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi? 6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu??? Merancangkan Holiday: 6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey? 6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking... 6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER! Tonton TV: 6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ? 6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang 6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama... insyaAllah.. . Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua... ... ... ... .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing. Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggala h saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya

Tips Rumah Tangga Semakin Erat

Tips Rumah Tangga Semakin Erat MEWUJUDKAN suasana bahagia dalam sebuah rumah tangga sering menjadi impian pasangan suami isteri. Ia boleh dicapai apabila semua ahli keluarga bekerjasama menuju ke arah itu. Tetapi individu yang paling penting menjamin kebahagiaan keluarga ialah lelaki sebagai bertindak sebagai suami yang penyayang dan dan ayah yang pengasih. Untuk menjamin kebahagiaan keluarga, seorang ayah perlu bijak memikul tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak. Ayah perlu melayani anak dengan penuh kasih sayang. Pupuk rasa kasih sayang sesama anak, tepati janji terhadap anak dan juga perlu menghormati anak jika mereka mahukan anak menghormati dengan mendengar kata orang tua. Dalam mewujudkan perhubungan harmoni dengan isteri pula, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ada memberi beberapa petua untuk menambat hati isteri. Antara petua itu ialah: 1)Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain. 2)Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. 3)Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. 4)Beri masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. 5)Tolong masak atau makan di luar sekali sekala. 6)Beri pujian mengenai penampilan isteri : rambut, wajah dan pakaian. 7)Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon di rumah. 8)Apabila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, meletakkan surat khabar atau tutup televisyen. 9)Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. 10)Beritahu apabila anda ingin berehat atau tidur. 11)Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari. 12)Tolong temankan isteri apabila beliau melakukan kerja bersendiri pada waktu malam seperti melipat baju, gosok baju dan menjahit. 13)Beribadah bersama. Sebenarnya, ada banyak banyak cara untuk mewujudkan rumah sebagai syurga dunia yang dihuni oleh suatu keluarga yang tenang dan harmoni. Antaranya ialah Suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing Perlu menerima dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi dengan baik pelbagai masalah yang timbul. Suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan. Isteri perlu menerima maaf suami yang ada kala tidak diucap tetapi cukup dengan perbuatan saja. Suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah
Related Posts with Thumbnails

my anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Ariff Izzan Bin Mohd Asyraf

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Our second baby..

Lilypie Maternity tickers