Tengkiu So Much..!! MMuuahh..
March 25, 2009
Jangan Over....
1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda..
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif
16. Terlalu banyak baca e-mail - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je. hee.he...
March 10, 2009
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul...
Click here to get the Code Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W...Semoga kite semua mendapat keberkatan dari nya..aminnnn...khas dari Eva&Eida
BaNdUaN yaNg BiJaK...
Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan JI, menulis surat kepada anaknya.
Bunyi begini:
"Ajoi, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?
Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.
Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.
Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. "Ajoi, setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"
Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka."
Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.
Moral: HAPUSKAN ISA!
Eva&Eida
KoraNg MunGkiN tAk SeNgAja.../
1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.
2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal,tikar dan pakai sarung serta membaringkan badan ketika bekerja.
3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.
4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.
5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.
6)Korang mungkin tak sengaja jika..
- Tertinggal solat kerana tertidur
*Tapi mustahil tak sengaja jika..
- Sengaja membaringkan diri anda sedangkan waktu solat dah waktu gajah (waktu dah nak habis)
Eva&Eida
March 05, 2009
Lawak kapal selam
Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam, telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama tentera laut yang lain... Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah. "Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas, dan sedang bersiap untuk tidur.", "lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya wartawan. "Ya seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur... . Abis basah... !! ", jawabnya dengan tenang.
Eva&Eida
Burung pandai menyanyi
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharga $1000 itu ialah pencipta lagunya.
Eva&Eida
Siapa sasterawan kita?
Seorang Guru melihat Ajoi sedang mengantuk dan hampir tertidur didalam kelas.. Oleh itu Guru tersebut segera memberi soalan kepada Ajoi..
Guru : Ajoi.. Siapa Sasterawan Kita?
Ajoi : eh.. tidak tau cikgu... Bukan saya cikgu..
Guru : Cepat Ajoi.. katakan siapa Sasterawan kita?
Ajoi : Sumpah cikgu.. bukan saya..!
Kerana kesal.. Guru itu mengadukan hal tersebut kepada Dato Rahman..bapa Ajoi.. yang merupakan seorang pemimpin yang paling ditakuti. Setibanya di sekolah, Dato Rahman berjumpa dengan anaknya Ajoi..
Ayah : Ajoi.. cepat katakan siapa Sasterawan kita
Ajoi : Sungguh ayah.. saya tidak tau..
Dato Rahman marah.. dan terus menampar Ajoi..
Ayah : Cepat!.. jangan malu2... katakan.. siapa Sasterawan kita
Ajoi :Betul Ayah.. Bukan saya.. saya tak tahu (sambil menahan sakit)
Dato Rahman memukul Ajoi hingga jatuh ke lantai.. Dan pukulan demi pukulan, bahkan tendangan... dan Ajoi Tetap menjawab.. Saya tidak tau.. bukan Saya.. Melihat anaknya sudah setengah mati.. akhirnya Dato Rahman kembali berjumpa Guru Ajoi..
Guru : Bagaimana Dato?...
Dato Rahman : Entahlah cikgu.. nampaknya memang bukan dia...!
Eva&Eida
3B untuk berat jodoh
Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..
Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "
Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "
Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"
Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."
Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu
'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'
Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... .."
Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."
Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"
Ustaz : "BERCERMIN!"
Eva&Eida
March 02, 2009
Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah
1) RAMBUT LURUS bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERENTING NEGRO- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.
8) RAMBUT TEBAL- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....usahakasik kusut rambut korang....)
10) RAMBUT BERUBAN- kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT-(Botak) ..kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN - ! itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahuahua
Eva&Eida
Subscribe to:
Posts (Atom)